January 16, 2015

Budak celoteh

Dilahirkan dengan rupa yang sentiasa serious bila berdepan dengan orang yang dikenali ataupun tidak. Serious ditukar bagi nama "sombong". Tapi bila sudah senyum, bercakap tak henti celoteh. Macam Stesen KTM tak berhenti. Terus je.

So far, praktikal okay-la-kot, cuma letih. 8 Jam everyday. Bukan tak biasa dengan suasana ataupun masa, cuma kerjanya seperti melebihi sedikit. Nak belajar mesti begitu ye dok. Insya Allah.

Dalam pada masa yang sama, gadis ini dikritik kerana makan banyak. Hm, Yeah sometimes makan banyak, tapi tak selalu. Setiap yang berlaku ada sebab iaitu, bila makan mesti tak habis. Dan itu dah jadi masalah ya adik akak kawan2 ku sekalian. Ditegurnya sebegini sekali :

"Eh sikitnye kau makan, Diet ke dik oi?"
"Amboi makan lah dalam pinggan, cukup ke dalam mangkuk tu"

Sepertinya, setiap kali benda ni berlaku, harus di ulangi benda yang sama.
Tak diet, Tapi nanti tak habis membazir.
Kalau makan dalam pinggan nanti ambil banyak, so tak habis membazir.

Tak diet sebab, I love cake, ice cream, ice blended,my super gummy bears, all sweetlicous.
Hengko akan ternganga betapa gadis ini memang tak diet seperti yang hengko bayangkan.

Selesa dengan badan sendiri. Alhamdulillah.
Tak selesamoh jogging. Insya Allah selesai masalah.

Semoga segalanya berjalan dengan lancar,
Permudahkan segala urusan di dunia dan di akhirat. Amin.